CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Bila kita mempunyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita mempunyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya. Tetapi setiap orang mesti dan wajib ada matlamat dalam kehidupan mereka kerana sekiranya anda mempunyai matlamat, anda akan nampak impian anda akan tercapai.

- Dato' Dr. Azman Ching ( jutawan MLM )

Carian Anda

Google

Mereka yang telah berjaya

Saturday, October 18, 2008

Cek pertama.....

Alhamdulillah .......
pada 16/10/08 aku dapat cek pertama daripada hai-o. aku join hai-o ni pada awal bulan 9, bulan puasa. dapat cek lebih kurang rm 46++. seronok rasanya dapt cek banyak mcm ni. dan la ni aku tengah berusaha untuk mendapat cek yang kedua plak. InsyaAllah, jika ada rezeki adalah 2-3 orang member yang akan join dalam bulan ni.

aku buat bisnes ni ari minggu je sbb ari kerja tak sempat, up line jauh kat melaka tapi org kata kalu nak berjaya kena kuat semangat dan sabar.

semoga aku berjaya dalam bisnes hai-o ni.

Wednesday, October 15, 2008

MASA DALAM PERNIAGAAN

Dalam menjalankan perniagaan, perancangan masa adalah elemen yang
amat penting. Dengan pengurusan masa yang bijak, usahawan dapat
melakukan lebih banyak perkara dalam waktu yang diberikan. Ianya
dikatakan setiap manusia mempunyai 24 jam yang sama dalam masa
sehari. Ianya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskan
waktu 24 jam kita yang membezakan kejayaan seseorang.

Berikut adalah 3 kunci merancang masa:

Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya
==============================

===================

Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyak
masa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada hari
sebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskan
segala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari.
Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan
hari.

Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untuk
merancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalam
menyelesaikan sesuatu pekerjaan.

Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya oleh
kerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangni hari
yang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurna
dan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.

Kunci #2: Senarai mengikut kepentingan
======================================

Salah satu cara yang sering disarankan dalam mengurus masa adalah
menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan.

Langkah seteruisnya adalah, pada senarai tersebut, tandakan A, B, C
dan D disebelah segala aktiviti anda mengikut kepentingan. Tandakan
A pada perkara yang penting untuk anda lakukan. B pada perkara yang
kurang penting, tetapi, masih perlu di lakukan. C pada perkara yang
kurang penting, dan D pada perkara yang tidak penting langsung.

Sering kali apabila anda menyiapkan senarai mengikut kepentingan
ini, anda akan dapat lihat di manakan keutamaan anda perlu tumpukan
terlebih dahulu. Aktiviti yang di tandakan D boleh di pangkah
daripada senarai anda oleh kerana ianya tidak penting. Mungkin
sekiranya anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya seperti
menonton TV atau bermain computer game.

Aktiviti yang ditandakan C mungkin boleh diagihkan kepada orang
lain. Ataupun, mungkin boleh dilakukan sekali gus dengan aktiviti B.

Manakala, aktiviti A pula adalah keutamaan anda di mana anda perlu
memberi tumpuan pada awal hari anda. Lakukan aktiviti-aktiviti anda
mengikut senarai kepentingan. Daripada A, sehingga C. Sekiranya ada
masa, dan pastinya dengan mengamalkan pengurusan masa di dalam
audio ini, anda akan mendapat banyak masa terluang untuk melakukan
perkara D!

Rancangkan hari anda. Hari yang tidak dirancang adalah hari yang
anda merancang untu gagal dalam menguruskan masa!

Kunci #3. Prinsip 80-20
=======================

Prinsip yang dihasilkan oleh Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20%
daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah
untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain,
produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.


Gabungkan ketiga-tiga kunci merancang masa ini dan anda pasti
teruja dengan kecekapan anda menangani masa dalam menjalankan
perniagaan ada!

sumber -Irfan Khairi

Tuesday, October 14, 2008

Berani gagal


Mungkin satu kebiasaan bagi kita apabila ingin mengejar sesuatu
impian, kita akan mendapat banyak halangan. Orang akan berkata
tidak, dan semua perkara tidak menjadi seperti yang dirancangkan.
Jangan biarkan ianya mengubah momentum dan semangat anda.

Cuba ambil contoh George Lucas. Ramai yang tidak tahu pada mulanya
George memujuk Marvel Comics untuk membuat filem tentang Flash
Gordon, dan mereka langsung tidak ambil peduli. Dan akhirnya,
setelah berkali-kali permintaannya ditolak, beliau membuat
Star Wars.

Daripada halangan tersebut, beliau mengeluarkan produk yang
menghasilkan billion US dollar, daripada filem, video games
sehinggalah kepada pakaian. Seluruh dunia tergilakan aksi Star
Wars! Inilah hasilnya selepas matlamat utamanya ditolak.

Jangan ambil hati apabila gagal. Anda mempunyai misi anda sendiri,
matlamat dan impian yang jelas. Jangan biarkan orang lain yang
menolak permintaan anda untuk melemahkan semangat anda. Anda
perlu fokus dan teruskan. Anda mempunyai sasaran dan anda mesti
capai walaupun halangan menunggu. Ingat, selepas gagal kali pertama
anda pelajari daripada kelemahan itu dan perbaiki untuk masa akan
datang.

Apabila seseorang berkata tidak kepada anda, tanya kepada diri anda
apa yang boleh anda pelajari daripadanya. Apa perubahan yang perlu
supaya mereka berkata ya kepada anda. Anda perlu keluar dan dapatkan
maklum balas. Dari situ anda tahu mana yang boleh berhasil, apa yang
pelanggan anda mahu dan sebabnya.

"SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK
AKAN MENEMUI SESUATU YANG MENAKJUBKAN!"

Pastinya ada sesuatu yang hebat berlaku dalam hidup kita daripada
kesilapan yang kita pernah buat. Tiada yang sempurna dalam hidup ini. Anda
perlu membuat kesilapan dan teruskan kehidupan. Tiada seorang pun yang
berjaya pada hari ini yang tidak pernah buat kesilapan.

Kekalahan adalah salah satu dari strategi kemenangan. Kekalahan adalah
sesuatu yang ditakuti oleh orang yang gagal. Untuk menang, anda perlu
kalah sekali sekala. Ianya menjadi pengalaman dan memberikan anda satu
motivasi. Ia menunjukkan mana yang kurang dan bagaimana untuk anda
perbaikinya. Pasukan yang menang sesuatu pertandingan tidak menang
semua perlawanan.

Dalam bisnes anda akan selalu diuji, anda anda perlu tangkas dan
berani menghadapi cabaran.

Ingat, orang yang berhenti tidak akan maju ke depan

sumber : jutawan automatik

Thursday, October 9, 2008

Strategi perniagaan unta Abdul Rahman bin Auf

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf
adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual
unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan
pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh
usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga
kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke
Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

Apabila ditanya, jawabnya...

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual
pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual "tali
pengikat unta". Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa
tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

sumber IK

Peluang Perniagaan

Satu peluang perniagaan yang menawarkan ganjaran untuk memotivasikan individu.


Pelan Pemasaran Hai-O Marketing

Peluang perniagaan Hai-O adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan risiko yang rendah dan kos permulaan yang rendah.

Ia membantu anda membina perniagaan sendiri melalui penjualan produk dan penajaan orang lain. Pengedar baru kemudiannya akan menjual produk dan menawarkan peluang perniagaan ini kepada orang lain. Sudah tentu dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, perhubungan jangka masa panjang dapat dijaminkan.

Oleh itu, dengan menyampaikan ilmu pemasaran dan penjualan anda kepada ahli kumpulan anda bukan sahaja untuk membina rangkaian perniagaan sendiri, malah membantu orang lain membina rangkaian perniagaan mereka.

Intisari peluang pendapatan bagi pelan pemasaran Hai-O Marketing adalah penjualan produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan serta penajaan. Sedangkan perniagaan anda berkembang, pulangan turut akan bertambah. Dalam pelan pemasaran Hai-O Marketing, tiada sebarang ganjaran yang harus diberi kepada sesiapa yang hanya menaja orang lain sebagai pengedar berdikari.

Bio-Aura Hitech Water System


Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air

Selaras dengan kemajuan Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System turut menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.

Penyelesaian Sempurna Demi Keperluan Anda

Bio Aura Hi-Tech Water System menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. Dengan Nano, ia dapat mencapat fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum.

Ciri-ciri Bio Aura:

  • Rekaan yang mesra-penyelenggaraan

  • Pemasangan yang mudah

  • Penutup penapis yang berwarna

  • Saiz penapis yang lebih besar

  • Pengiktirafan kualiti

  • Sesuai untuk kegunaan rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan

Keberkesanan Nano dalam Bio Aura:
  • Menapis air secara efektif, menambahkan kandungan oksigen air minuman, menambahkan keberkesanan penyerapan nutrien

  • Kaya dengan bahan-bahan mineral dan nutrien, membantu mengekalkan tubuh yang cenderung kepada beralkali

  • Meningkatkan metabolisme dan peredaran darah badan

  • Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan




Penapis A: Ceramic

Liang yang bersaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Dapat menyingkir bahan pencemar seperti karat, kotoran, pasir lumpur dan bacteria.

Penapis B: Bacteriostatic Filter Media

Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pertumbuhan bacteria.

Penapis C: KDF + Resin + Activated Carbon

Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA dan FDA National Safety Standards dapat menapis unsure logam berat, klorin, pencemar kimia, di samping mengawal kestabilan air, bacteria dan rumpair. Unsur Resin pula akan melembutkan molekul air dan mempunyai kesan untuk menghasilkan bahan-bahan mineral.

Penapis D: Silver Carbon Block

Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsure logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.

Penapis E: Bio-Mocro Ball

Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada kelompok air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan senang oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen

Penapis F: Nano Ceramic Ball + Bio-Micro Ball

Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikasi.

Wednesday, October 8, 2008

RAHSIA KEJAYAAN IRFAN KHAIRI

Saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet kira-kira 7
tahun yang lalu ketika berada di United Kingdom. Pada mulanya, saya
tidak berapa pandai berniaga melalui internet. Minat berniaga sudah
ada sejak di bangku sekolah, tetapi, berniaga di internet adalah
perkara baru.

Pada mulanya saya hanya melakukan perniagaan internet secara
sambilan. Pada mulanya juga, amat sukar untuk saya mendapatkan
pelanggan!boleh dikatakan selama setahun saya gagal dalam
perniagaan internet - malah mengalami kerugian. Saya bertekad untuk
terus berjaya.

Jadi saya berusaha mengumpulkan wang untuk menghadiri kelas
perniagaan internet dan membeli bahan-bahan rujukan perniagaan
internet.

Selama 2 tahun saya bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya untuk
menampung bahan-bahan pembelajaran serta menghadiri seminar
mengenai perniagaan internet. Alhamdullillah, secara
perlahan-perlahan saya dapat memperbaiki perniagaan saya.
Pengalaman juga turut membantu sehingga saya berumur 25 tahun
(empat tahun lalu).

Allah Maha Pemurah memberi rezeki kepada perniagaan internet saya
untuk meraih lebih dari RM1 juta keuntungan dalam masa 3 tahun. Dua
tahun lepas saya kembali ke Malaysia dan mendapati perniagaan
internet di Malaysia tidak mendapat sambutan.

Ketika itu, saya bertekad untuk mendidik masyarakat Malaysia serta
memberi kesedaran tentang peluang yang terdapat melalui perniagaan
internet melalui buku serta bengkel yang saya anjurkan di
RahsiaInternet.com.
Alhamdullillah, kini masyarakat lebih ramai dapat menerima
perniagaan internet dan saya juga akan terus dengan usaha saya
selagi termampu, Insya-Allah.

MELABUR PADA DIRI SENDIRI

Seringkali saya di Tanya. "Irfan, saya ada wang simpanan RM 5,000
yang saya boleh laburkan. Dimana boleh saya laburkannya untuk
mendapat pulangan tertinggi?"

Jawapan saya adalah : Laburkan pada ilmu.

Kawan baik saya, jutawan Azizi Ali sering memulakan ceramahnya
dengan soalan "Berapa banyakkah anda sanggup melabur untuk
memperolehi pendapatan sebanyak RM1 juta?". Pelbagai jawapan yang
diterima. Ada yang menjawab RM1,000.00. Ada yang menjawab RM10,000.
Ada juga yang menjawab RM100,000!

Walaupun soalannya berbunyi agak simple, namun, jawapan yang diberi
menggambarkan sama ada anda serius dalam mencari ilmu untuk menjana
pendapatan yang tinggi.

Melihat orang-orang yang berjaya di seluruh dunia,mereka merupakan
orang yang suka mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Orang
yang berjaya adalah mereka yang sering dahagakan ilmu dan sentiasa
menuntut ilmu untuk mencari idea-idea baru, teknik dan strategi
yang mereka boleh gunakan dalam memperbaiki diri sendiri dan
menjana lebih banyak pendapatan.

Fikiran adalah anugerah yang paling tinggi nilanya pada setiap
manusia. Manusia juga dikatakan tidak pernah menggunakan
keseluruhan potensi kuasa fikiran yang mereka ada.

Berapa banyak anda patut melabur pada ilmu?

Di sini terdapat satu formula mudah untuk melabur untuk ilmu.
Formulanya berbunyi laburkan 3% daripada pendapatan bulanan anda
kepada ilmu yang dapat memperbaiki nilai diri anda.

Ini bermakna sekiranya pendapatan bulanan anda adalah RM2,000
sebulan, laburkan RM60 setiap bulan untuk ilmu memperbaiki diri
anda. Mungkin dengan jumlah ini, anda akan dapat membeli 2 atau 3
buah buku yang berkaitan dengan industri anda. Ataupun, simpan 3%
selama 4 bulan untuk mengumpul RM240 untuk anda menghadiri kursus
yang boeh memperbaiki nilai diri anda.

Sekiranya anda melabur pada ilmu, sebanyak 3% daripada pendapatan
anda setiap bulan, ilmu tersebut akan menambahkan pengetahuan dan
kepakaran anda dan ia turut akan menambahkan pendapatan bulanan
anda.
Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan, anda perlu menjadi
lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Untuk menjadi lebih
baik - ilmu diperlukan!

Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang
hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing.
Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga
turut sederhana. Sekiranya anda mempunyai kepakaran yang tinggi
atas hasil anda mendalami ilmu bidang anda sendiri, anda juga akan
mendapat pulangan yang tinggi dalam bidang anda.

Katakan dengan melaburkan wang anda dalam memperbaiki diri anda
pada setiap bulan sehingga anda menerima pendapatan RM4,000
sebulan. Dengan hanya menyimpan 10% setiap bulan daripada
pandapatan tersebut ke akaun pelaburan yang memberi pulangan 10%
setahun, akaun simpanan anda akan mencecah RM1 juta dalam masa 31
tahun sahaja! Anda akan pencen sebagai seorang jutawan!

Ramai yang akan mengeluh. Menjadi jutawan dalam masa 30 tahun
adalah waktu yang lama! Bagaimana Irfan melakukan dalam masa 3
tahun?

Di sinilah pelaburan pada ilmu pengetahuan menjadi lebih penting.
Sering saya dengar kisah kejayaan di mana seseorang itu mendapat
satu idea atau mempelajari satu teknik dari menuntut ilmu yang
telah memberi mereka pulangan sehingga RM5,000, RM10,000, RM20,000
atau lebih setiap bulan!

Secara peribadi, diri saya sendiri juga turut menerima pendapatan
yang berganda hasil daripada mendapat idea dan teknik daripada
sering mencari ilmu. Dalam mencari ilmu, memang perlu kita melabur.

Cara-cara mencari ilmu :

1. Melalui buku-buku. Jangan lupa,tidak semestinya anda membeli
buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari
pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan
tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.

2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari
daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat
pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia
merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu
mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh
orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!

3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki
nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan
tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar
kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta
kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!

Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan
isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda
dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.

5 Kunci Usahawan Berjaya

MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL

Safuan, tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan
mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidak
kira dalam bidang politik, keluarga atau individu, merancang akan
dapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.

Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usawahan yang berjaya,
kebolehan merancang dan mendapatkan keputusan adalah amat penting.
Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan yang
lengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!). Apabila
perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalam
menganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan anda.
Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih diperlukan
untuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar dan
tidak diambil oleh pesaing anda!

Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidak
pernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yang
berjaya akan sering Tanya pada diri sendiri:

- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?
- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?
- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?
- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk
mengembankan perniagaan ini?

Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab atas
keputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang gemilang.

BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN

Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebih
daripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, "Go the extra
mile!". Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalam
perniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.

Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannya
apabila disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkan
pendapatan yang diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yang
berjaya, menteliti sebagai "pekerja" tidak lagi boleh disimpan.

Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untuk
memenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihat
peluang bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusaha
sekeras-kerasnya dalam perniagaan anda. Melakukan kerja lebih
daripada apa yang disangkakan akan membuka pintu rezeki kepada
perniagaan anda.

MEMASAR DAN MENJUAL!

Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran dan
menjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal dalam
tahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat mengejutkan
bagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyai
cirri-ciri usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripada
statistic ini.

Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi
kepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:

- Kebolehan berkomunikasi
- Kebolehan merunding
- Kebolehan memujuk pembeli membeli
- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda

Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yang
tinggi. Tanpa kebolehan "menjual", matlamat sesuatu perniagaan
tidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat penting
dalam perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi melalui
menjual produk dan perkhidmatan anda.

Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajari
kaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan dan
juga seminar komunikasi.

Bertahun-tahun dulu, saya merupakan seorang yang agak pendiam dan
sukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja- apatah lagi menjual!
Ianya selepas saya memperbaiki kelemahan saya dalam komunikasi,
saya mula dapat melihat kejayaan dalam perniagaan saya berkembang
melalui pemasaran dan jualan yang meningkat. Dua tip dalam menjual:

1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalah
suatu kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal,
ianya agak sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali
melakukan perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.

2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan. Namun,
berkomunikasi bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi juga
untuk bijak mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada
mereka disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar,
memujuk, persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak
dalam membantu menjayakan perniagaan anda.

FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN

Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang
telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat
oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara
yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka
perniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan
perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan,
produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu
penting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa
yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda.
Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka
yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda
perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya
wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan
keuntungan keseluruhan perniagaan anda!

TIDAK PUTUS ASA MENCUBA

Safuan, seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan
gagal. Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya!
Sedih bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!

Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates. Tahukah anda
bagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam perniagaannya yang
boleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?

Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji
lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi
dipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan
dikira sebagai projek gagal. Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa
lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam
usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.

Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, rezeki
tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu
perniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belok
perniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranya
anda mendalami ilmunya.


sumber : irfan khairi

HAI-O ?

PELUANG PERNIAGAAN BERSAMA HAI-O

ASSALAMUAIKUM & SALAM SEJAHTERA,saya ingin memperkenalkan kepada anda SISTEM KEUSAHAWANAN HAI-O MARKETING SDN BHD yang menawarkan satu pakej mudah perniagaan bagi menjana pendapatan LUMAYAN!!

PAKEJ BONUS USAHAWAN
Bonus bulan 1 - RM4,600 - RM5,000 (dijamin dapat)
Bonus bulan 2 - RM2,000 - RM2,500
Bonus bulan 3 - RM7,000 - RM7,500
dan bulan-bulan berikutnye....

MODAL??? Dana akan diuruskan bagi yang berkelayakan.
(strategy marketing plan kami menjadikan bisnes ini RM0 modal)

*Bukan skim cepat kaya/binary @ bisnes internet
*Pakej sistem yang cepat,mudah dan lumayan
*Tabung kereta
*Bonus tanpa had
*Melancung ke luar negara 3-4 kali setahun
*Tiada risiko
*Boleh diwarisi
*Pencen sebelum usia pencen
*Kelebihan kepada kakitangan kerajaan/badan berkanun

9/10 punca rezeki adalah berada dalam perniagaan dan Hai-O telah membuka peluang perniagaan yang harus di rebut kerana pelan perniagaan yang begitu HEBAT!!

Sekarang ramai USAHAWAN HAI-O meraih pendapatan RM5000 ke atas sebulan. Anda bila lagi?? Kami juga mempunyai bukti dari mereka-mereka yang telah menjadi JUTAWAN melalui perniagaan ini.

Dalam kehidupan ini,kita sentiasa inginkan yang lebih baik.Kita kuat belajar,kuat bekerja tapi kenapa kita masih menjalani kehidupan yang sukar?Terperangkap dalam sistem"belajar rajin-rajin nanti dpt kerja bagus bagus"... (tapi boss yang kaya) .Ada duit tapi masa tak ada,duit guna hari-hari tapi gajisebulan sekali (10hb dah seksa) dah pencen kena pegang senapang lagi(sepatutnya rehat & beribadah),ada duit tak boleh guna (simpan perlaburan 10% dividen setahun,cukup ke),lepas kahwin hutang keliling pinggang (personal loan sedap sebulan,bayar balik seksa 5-6 tahun), bagi mak bapak rm100-200 je sebulan (bila nak sampai mekah tu...??). Hari ini tuhan beri peluang (selalu nya dalam keadaan kita tak bersedia) maka kalau kita tolak hari ini.samalah seperti menolak pemberian tuhan(kufur nikmat)....

Jadi,kami disini ingin membantu anda menjana pendapatan yang lumayan. Di HAI-O tiada sebarang unsur paksaan, kami beri anda peluang,anda sendiri yang menentukan kehidupan bagaimana yang anda mahu. Percayalah,dalam dunia ini.WANG bukan segalanya TETAPI segala-galanya memerlukan WANG.

Berminat untuk mendapat penerangan percuma....sila hubungi / sms / email
safuan : 019-245 0429
Gmail :
msafuan@gmail.com

WEBSITE :-

http://www.hai-omarketing.com.my/

P/S : Hai- O adalah syarikat yang tersangat kukuh (boleh lihat website)

Bertapak di Malaysia selama lebih dari 15 tahun
Berkerjasama dengan kerajaan (MARA,MECD)
Listed on First Board of BURSA MALAYSIA
Forbes Asia 2007 Best Under A Billion

PENGIKTIRAFAN
Direct Sales Licence
PDA (Petroleum Development Act) Licence
ISO 9001
HALAL
Member of DSAM (Direct Selling Association of Malaysia)
GMP (Good Manufacturing Practice) Licence

AWARDS
Most Professional Company by "Today" Direct Sales Magazine
Most Established Company by "Today" Direct Sales Magazine
Top Sales Award of Beijing Te Zhi Bai Feng Wan
Excellent Performance by RHB Insurance Bhd
Superbrand
The Malaysia Book of Record
Golden Bull Award
Enterprise 50

Disini kami mengalu-ngalukan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengembangkan ilmu dalam perniagaan dan seterusnya berjaya dalan perniagaan.

Kepada sesiapa yang tidak berjaya di bisnes yang lain,boleh lah menyertai kami. Kami ada marketing yang sangat hebat.

salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

selamat datang ke Wakaf Jutawan. Disini diharapkan kita akan dapat sama-sama berkongsi tip-tip atau peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan.



terima kasih
admin

KLIK ATAS SELIMUT................

PERTANYAAN

Name:
Email Address:
No.Tel :
Pertanyaan :

free forms